Young Art Entrepreneurs (YAE!) di Balai Seni Negara i Mr Johan, 7 of YAE Members and Mentor DR Rahim Member of YAE visual artist Foong Yeng Yeng KUALA LUMPUR, 25 Julai 2017 – Young Art Entrepreneurs (YAE!) merupakan sebuah program baru anjuran Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) yang diperkenalkan bagi menyediakan platform kepada pelukis muda untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menjadikan mereka usahawan seni yang berdaya saing di dalam industri seni kreatif Negara. Antara objektif utama program YAE! adalah untuk melatih pelukis muda dalam bidang seni dengan kemahiran keusahawanan, memberi pendedahan dan tunjuk ajar secara hands-on oleh Konsultan Keusahawanan, Pelukis Jemputan, dan Kurator Jemputan. Terdapat juga penglibatan dari Kolektor Seni dan Pemilik Galeri, yang akan memberi pendedahan kepada mereka mengenai industri seni bagi meningkatkan kreativiti peserta dalam menghasilkan karya yang menarik yang mamp